Followers

Monday, April 14, 2014

Hati yang karat

Bile kite over concern kat someone..dorang akan rase rimas.
Bile kite over reaction dengan setiap yang dilakukan.... dorang akan rase jemu.
Bile kite letakkan fully concentration dekat ape yang jadi...dorang akan rase terbeban.

Biarlah berpada.

Letakkan jarak antara nya.biar senang berjauh.biar rase rindu kuat.biar jemu,rimas,terbeban tu xde.

Hati aku karat.ade lagi kerak2 besi kat memane.gilap la.kikis kan la bekas2 buruk tu.sebab hati ini dah biasa sendiri...

Sebab hati ni nak cuba betolkan ape punca gagalnya yang dulu.
Nak kaji ape sebab die slalu ditinggalkan sendiri.
Nak tahu cara supaya yang kali ini kekal.kalau diizinkan biar selamanya.

Tahanlah.kekal lah.

Sebab..hati ini memang perlukan kau.
Untuk melengkapkan kegembiraan yang telah diberi Allah.
Untuk memenuhi kekosongan yang ditinggalkan.
Untuk menjadi tempat mengadu.

Friday, April 4, 2014

Life baru aku.

Life after pre professional work..

PENAT GILE!!!

Smpai mase tok my encik konkrit pon xbnyak...nasib baik la die mmhami kpnatan ak ni..huhuhi.

Tp..best gak sbb lpas hmpir 2bulan ak tlalu jd clingy kat die..ak bole ade life lain kat luar...even xlah bebas cm dlu....tp..ak still ag hepi ngn bnde bru yg ak terime.

Hehe.

Kkdang best gile..kkdg rse nk ngis.. hihihi

Ok.anything..visit my i.g..cewwwaahh

Friday, February 28, 2014

At last.

After a month of depression..at last..I got the confirmation letter.n i can see the future me wearing the graduation rob.

Yihuuuuuu!!!!

hehe..hepi xtahan beb...mase dpat confirmation tu la....tp..pastu aku da stat panik.beg ape nak pakai.baju ape.tudung ape.kasut ape.n aku ade ag 3ari je agi nak prepare.oh god!!

Baju kurung?formal?kasual?cmne ni....masalah.

Ekceli...aku memang da malas thap gaban da nak uruskan praktikal aku ni..ari isnin aritu baru aku tergrak nak tepon the admin of mmhe...n out of sudden..they are interested to recruit me...

Rezeki aku kan...alhamdulillah..sebab aku dapat gak setelkn hal ni...most of the person who are always beside me are happy with the news...mak aku la paling bahagia sebab aku da xde melepak xtentu hala kat umah n cik pakwe aku..sebab die da bole stat nk survey baju ape nak pakai tok attend graduation aku...haaa.ngko!kalah aku.

Tapi...dengan startnye aku praktikal...mak aku da get ready dengan pesanan die yang berbakul.

Cik pakwe aku pon da start dengan gurau2 amaran die...jangan risau ye mak n cik pakwe.. saye ni da besa..kite men pandang2 je..x kenyit2..lagipon...sape la kite ni...budak management je...x setaraf ngn engineer2 tu..hihu.

Haih.life is unexpected.cam aku.cam yana.when we losing hope..the golden opportunity arise.yana pon da start a professional job recently..sampai x sempat nak hapdet ape2...wahid pon da lame stat praktikal n da lame menjamu mate die kat hospital tu dengan doktor2 ensem.jeles.

So.wish me luck.aku sanggup share my happiness kat blog ni je..sebab...segan nak share kat fb...bebudak ni da berzaman start praktikal...da lepas da musim tulis status '1st day..penat gile'..

P/s: surprisingly..kawan sekola rendah aku pon praktikal kat situ..so 3 of us..met again by accident.

Friday, January 3, 2014

New year.

2014

Cepat je mase berlalu.da tahun baru balik.hehe..da tambah agi setahun hidop aku atas muka bumi ni.

Tahun 2013 banyak bagi aku kenangan.sweet n sour memories..hehe..biarla..tu sume kenangan yang mendewasakan gittew.

Tahun ni aku xharap banyak.aku nak ade perubahan dalam hidop aku.changes.yang agi bagos laa..a better me.

N aku nak Allah panjangkanla jodoh aku dengan org2 yang aku syg..sbb aku amat syg mereka..pnjgkanlah jodoh kami.

HAPPY 2014 GUYS!!

Saturday, December 14, 2013

Xbanyak

Aku xtau nak ckap camne.
Ko baik.ko lembut.ko penyabar.

Ko bagi ape yg aku nak.cube layan perangai bebudak aku.cube spent time ko ngan aku.cube penuhi ape yang aku nak.

Aku tau. Ko da cube.

Tapi...

Skang ni..ape yg aku nak.kau.tolong la..tapi...aku betol2 nak kau ade depan mate aku.boley x?sekali ni je..sebab aku betol2 nak kau.

Kalau tertanye kenape aku lebih rela tulis kat sini dari cakap terus..sebab..aku tau..kemungkinan utk ak dapat tu mmg xde.
dari berharap n kecewa.xpela.biarkan je.

Tuesday, November 19, 2013

betoi ke dak?

aku terbace artikel ni kat FB aritu..meh aku share.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. 

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci) Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera) Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba) Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah) Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali) Cinta Jannah (cinta/kahwin segera) Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera) Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan) Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa) Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method) Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah) Lie to Me (penyiasatan/applied psychological) Under the Dome (sains fiksyen) Elementary (penyiasatan/deductive reasoning) Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden) The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis) The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan) Suits (legal/case management strategy) The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri.


bukan nak condemn bangse sendiri.tapi.take a look.
maybe..production malaysia xcukup bajet nak buat drama setaraf orang putih..tapi..percaye atau x..kebanyakan drama dorang..pakai set yang same.dan dalam studio je.see.

mentaliti kite ni berbeza ngan dorang..ade setengah orang terime cite bunuh presiden..tapi yang lebih hentam.

kalau ko buat drama or movie yang bebukan..orang akan cop ko ni pencetus konspirasi.pastu movie ko kene banned.n ur company will be ruin..see..nak carik makan kat sini ade care die..ko master je trick ni..sure ko berjaye.trust me.

tapi..xsume bahan bacaan melayu ni teruk..banyak..tapi..dorang bergerak underground..jarang jumpe kat kedai buku mainstream..ade tersorok di tepi2 jalan.sebab die same je...bahase xmencapai standard.tajuk sume mencetus konspirasi.

kalau dulu..aku layankan lagi novel2 mainstream ni..tapi..lelame aku muak dengan jalan cerita..penat.aku gali lagi bawah tanah..terjumpe gak bahan bacaan yang aku idamkan.suit my taste.
 
dalam umah sewa aku ni..koleksi bacaan aku berbeza dari orang lain.novel2 aku bukan pilihan ramai.tapi.aku rase heaven.

bace indie nye buku bukan nak berlagak cool..tapi..buku tu yang close to reality.hidup ni realiti..cukupla drama2 korea yang wat aku berada dalam alam fantasi.




#nak balik pasir gudang tetibe.aku jumpe something yang happening kat sane.
 

PSM : the beginning of ending

PSM mood in the air bebeh.

cehh..ye la da last2 minit ni kan..nak xnak.suke ke x.struggle kan la sikit..last.just for the 1st n last..pasni..da bebas merdeka da..

arini 1st time tok sem ni aku melepak jimba kat library.amboii.amat semangat ye dak.hee.
tapi..cam selalu..niat tu ade..tapi selalu terpesong..hikhik..
dari termenung ngadap thesis..aku ngan wahid gi stalk orang..pastu..aku belek novel..wahid men game..hmmmm..

xpe..esok pegi lagi.cari lagi.who knows..esok kite akan jumpe ape yang dicari selama ni..heee..

pas melepak kat library..isi tenage kat mekdi.perrghh..saje je melepas tensen yang xseberape..lepak2 pnye lepak..aku dok pasang telinge kat topik dibualkan oleh orang belakang meja kitorang.

sembang kencang budak 1st year. (aku memang suspek dak 1st year)
sebab..lom ape2 da cite nak sambung master n maybe PhD..haaaa..

xpe dik...cite2 kite mesti tinggi..xpe..akak paham..
adik pon bekas budak sekola best..matrix nye zaman pon gempak..pointer tinggi..dapat lak course yang korang minat..tahniah..

tapi...

hakikat die..live dulu life kat U..memang beza ngan zaman sekola n matrix dik..hati kene kuat lau nak survive kat sini..go through dulu 3 tahun ngan angan2 korang nak sambung master n PhD...masuk final year..lau korang x muntah nak bace segale male journal yang ade kat library, intenet...ok..korang boley berangan lagi.lau korang still xnangis nak elaborate isi kat thesis korang..teruskan la cita2 tu..

dulu aku pon ade gak angan2 nak sambung.xmo keje.penat.tapi...

sekarang...aku sanggup agi keje.tepu da wei..wat FYP ni pon aku jem..ni lak nak wat original thesis yang memang pure hak ko..copyright yang approved ko punye..nak wat study case yang berskala gempak.

xpe.aku surrender.siyes.

kite tau kat mane kemampuan kite.n aku tau..tu da terlalu jauh.hati aku xkuat.xkuat ngan tekanan ngan godaan.

ni la PSM nye cite.






#aku nye sv memang sempoi selambe badak.xnak tau ape2 progress.tau2 siap.tapi aku nye 'co-sv' memang garang..tetiap ari kene bagi MMS.report ari2.haih.thanx..sebab pakse saye wat keje..walaupon saye banyak ngulor.tolong bersabo la ye..nakal saye ni susah nak ilang.hiiii. :)