Followers

Thursday, October 11, 2018

incompeleted mother (part 2)

continue...(alert : cerita panjang, xde gamba)

Fateh's birth story

hari first aku admit ward (1/4/2018). and dorang masukkan aku dos pertama ubat induce. aku lupa name ubat tu tapi die macam ubat demam yang masuk ikut bontot baby tu. lepas masuk ubat tu aku xboleh berjalan dlm 30 minit. plus xboleh g toilet gak. lepas 30 minit dorang cek contraction..baru boleh gerak balik.

first dose aku memang xde rase ape..rilex je. hati resah tapi badan aku memang relax gile. yelahh..cuti kan..mc jalan. hati n pikiran aku je xseronok. ko duduk dalam wad org yang mengandung..sana sini bawak perut..sampai time check contraction n heartbeat, ko sorang je yg xde bunyik heartbeat. sedih gile. jirang bertukar tiap masa..aku memang relax je time ni..

first cycle aku induce, dorang administered 3 dos induce selama 3 hari.. induce tu dorang administered tetiap pagi utk minggu pertama tu..dalam jam 11, so petang jam 5/6 dorang cek bukaan jalan..sakit contraction tu aku start rasa pada hari ke-3 dos yang ke 3. lepas masuk dos ke 3, aku dah rasa xselesa. tapi sakit tu berenti lepas cek jalan petang tu. cek jalan petang tu tetap 1 cm..xde progress..dorang decide suruh aku balik dulu. rehat. hari ahad 7/4/18 tu masuk balik untuk cycle ke 2. doktor bagitau kes aku ni dorang handle hari bekerja je which is Ahad- Khamis je. sampai kat rumah, nak tido malam tu baru rasa sakit balik. sejam sekali.

doktor memang pesan kalau sakit tu makin kerap aku kena terus pegi hospital..tapi lama-lama sakit tu reda n esoknye memang xde langsung sakit tu. weekend tu sempat jalan2 g ikea.

doktor memang explain kat aku yang process ni memang take time sebab induce macamane pon tapi baby aku dah xdapat nak bagi respons dekat dalam so memang ambik masa. contraction je tapi memang xde pergerakan dari baby so xboleh nak buat ape.doktor cakap pengalaman die so far ada patient sampai 20 dos induce baru bersalin!! so die mintak aku doa banyak and sabar banyak2.

doktor xnak buat c-section kat aku sebab case aku bukan emergency and no point sebab baby memang dah xde. so tnggu je sampai boleh bersalin. selagi xde infection dorang xkan buat ape2.

doktor pon ada tanya aku apa yang aku nak buat lepas bersalin. aku nak buat post mortem ke x?
doktor explain diorang akan ambil sampel darah aku n darah baby dari jantung die n sampel dari uri aku untuk study case aku. aku xsetuju nak buat post mortem kat Fatih lagi2 bile doktor tu bagitau even dah buat post mortem pon chances nak tau puncanya tetap tipis. so aku decide xnak buat post mortem.

mak mertua aku and adik ipar aku datang dari Pahang minggu pertama tu.. rasa bersalah sebab aku buat dorang susah hati n xdapat bagi layanan pon kat dorang. Din memang selalu ade..hari2 die tunggu kat hospital. dari pagi sampai ke petang. waktu melawat je memang muka die. Kebetulan projek die dah hampir siap so die memang xmasuk kerja. so, die lah layan mak n adik2 die. memang rasa bersalah sangat kat mak aku and mak Din.

mak aku memang xyah cerita la..xsenang duduk die. call orang sana sini, tanya macamane nak buat. pegi jumpe ustaz tu, ustaz ni mintak air ..macam2 cara die pegi tanya..aku tenangkan die, cakap yang ni memang take time. sebab ni bukan gugur macam biase. nak sedapkan hati die..aku telan la air2 jampi die n try tanya2 member2 aku yang memang kerja kat hospital. memang procedure die camtu. redha je la..

minggu kedua dorang naikkan dos. satu hari die masukkan dua kali induce. cycle kedua ni perit gak..sakit berterusan tapi tetap xde progress. and aku stay kat hospital pon 2 hari je. xlarat aku. setiap kali masuk ubat aku akan contraction. sakit die susah nak describe. tapi bile dorang psg CTG kat aku..sakit tu hilang..so dorang xdapat detect contraction aku.

sebelum aku balik rumah tu, aku ingat sorang doktor lelaki ni, aku assume die ni HO sebab muda lagi, masa die nak bagi surat aku tu, die pesan la kalau rasa sakit sgt terus dtg hospital. sebabkan ni first time aku bersalin, aku rasa aku memang dah rasa sakit teramat dah sekarang ni.eh, die boleh pulak sambung ayat "kalau sakit macam sekarang ni, sakit geli2 je"
tetibe aku berasap lak..ko pernah rasa ke sakit geli2 ni macamane?nak je aku patah2kan tulang die. xlawak okay. memang aku aim je doktor tu. kesian wife ko nanti sebab dapat orang yang xde empati!!

so..balik rumah still progress yang sama, sakit..tapi same je cam dekat hospital..macam yang doktor tu cakap sakit geli2. grrrrr! tapi ade kluar tanda macam spotting (google please!) aku tanya mak aku, mak aku cakap dah dekat dah tu. so kitorang decide tunggu hari ahad 15/8/2018 untuk 3rd cycle. tapi still, sakit aku still sama je.

kali ke 3 admit wad..dalam jam 11 lebih die masukkan aku ubat. bukaan baru 1 cm. sama je. kalau korang pernah bersalin, u will know how uncomfortable the process is. nasib baik dapat doktor perempuan sepanjang procedure tu. lucky isn't it? cycle ke-3 ni lain sgt..masuk dos pertama tu terus sakit. tapi macam biasa, bila pasang CTG tu, dorang detect intensity tu biasa je. tapi, aku dah rasa macam nak tercabut pinggang tu. tapi sakit tu reda bila Din naik time rehat lunch. makan sikit.. borak2..time tu aku pegi toilet, aku macam rasa nak buang air tapi xboleh, and ada darah sikit..aku dapat rasa tu la tanda orang nak bersalin..

Lepas lunch Din turun, aku nak tido memang xboleh dah, golek kiri, golek kanan. pernah rasa x ade something dalam perut korang n die bergerak, mengeras setiap 5 minit..nak nangis sgt2 tapi x terkeluar dah suara..aku memang gigit selimut je everytime sakit tu datang..dekat jam 3, aku pegi jumpa nurse, bagitau yang darah keluar makin banyak..tapi xla sampai tumpah darah, nurse suruh aku rehat je.

sampai jam 4, waktu melawat start Din datang bawak naik kuih siput nak makan sesama, time tu memang aku sakit yang amat dah. setiap kali sakit, aku genggam tangan Din, aku xsedar camne kuatnya tangan aku genggam Din masa tu, sampailaa Din tanya sakit sangat ke? aku just angguk je..baru perasan tangan die sampai pucat aku genggam. Din nak panggil nurse aku kata xpayah, sebab kejap lagi nak check jalan dah. Nasib baik doktor tu panggil xlama lepas tu. sampai kat bilik rawatan ade la 5 orang tgh tggu..sakit datang lagi..aku dah xboleh duduk..aku jalan2 kat situ.ulang alik. dekat gak 10 minit aku tunggu turn aku..lama sangat aku rasa 10 minit tu.

masuk je, aku tanya doktor tu, dorang nak masuk dos kedua lagi ke petang ni? sebab aku dah xlarat sgt dah..dia senyum je..dia cek jalan..time tu muka die berubah.
"awak jangan gerak,jangan bangun tau"
dia terus lari panggil staff nurse. aku dah kalut dah. wei ape jadi?
"eh, doktor bukaan dah penuh ni boleh pergi labour room dah" kata staff nurse tu.WHATTTT??! aku macam lega campur takut..doktor tu pon senyum je..sambil pesan jangan teran, jangan bangun, baring je. dorang amekkan katil. doktor tu cakap, maybe sebab aku banyak jalan time contraction tu yang senang bukak cepat.

nurse tolak aku, kebetulan ada labour room yang kosong time tu, Din kat sebelah dari tadi sampai la aku masuk labour room. memula die tunggu dekat luar..masuk doktor lelaki muda. OMG!! camne ni?dah la hensem.hak3..malu siot!! die suruh din masuk sambil tanya sepatah dua..aku dah xtentu arah dah..die prepare kan aku..panggil nurse..xsempat die nak pkaikan aku branula tu, aku dah xsabar nak teran..
1st teran, aku rasa air ketuban aku pecah..2nd teran, aku rasa macam ada something keluar.

tepat jam 5.30 petang lahirlah anak sulung kami, Muhammad Fateh bin Muhammad Najamudin. Berat 500g. Cukup sifat, rambut lebat, bibir kitorang..hihi..just imagine. despite of what happen, i feel so relieved and aku ada perasaan bangga yang aku actually mampu mengandungkan umat Nabi selama 7 bulan tu. Seorang anak yang cukup sifatnya..cuma nyawanya diambil awal..aku dah xboleh nak kawal emosi aku dah. hilang rasa sakit tu, aku rasa aku dah sediakan emosi aku selama lebih kurang 3 minggu lepas, yang anak aku pergi dulu tanpa dapat jumpa mak dan abah dia..tapi aku silap. the moment i saw him, i know i love him more than anything in this world. macamane aku nak biarkan dia pergi? anak yang aku kandung, kaki yang selalu tendang perut aku, buat aku happy for the past 7 month..baru je aku tengok, dia dah kene pergi..

aku pernah rasa hilang Abah. tapi feeling die lain sangat, bila ko yang kena kebumikan anak kau sendiri. kesedihan seorang anak kematian mak ayah takkan dapat menandingi kesedihan mak ayah yang kematian anak2..and masa tu la aku sedar betapa sayangnya mak ayah aku kat anak2 die.

aku bersyukur pada Allah sebab dia janjikan syurga untuk Fateh. dosa aku terlalu banyak untuk aku masuk syurga dia, tapi dia dah tolong anak aku masuk syurga..aku harap diakhirnya nanti aku ditemukan semula dengan penghuni rahim aku di sana.

Al-Fatehah Muhammad Fateh bin Muhammad Najamudin, anak mak dan abah. Nanti kita jumpa lagi.